Sunday, July 10, 2011

Bersih,sejauh mana?

Assalamualaikum dan selamat sejahtere, haa aku bosan sangat xde bende nak buat aku buat lagi blog selepas blog hitachi,ok kali ini isu terbaru melanda Malaysia, yakni perhimpunan yang ade pihak yang melabel sebagai perhimpunan memalukan, dan ada yang melabel sebagai turning point untuk Malaysia.

Awal-awal lagi aku nak cakap, aku tak join pon Bersih punye crowd, sebab malam tersebut ade futsal, sampai skang kaki aku cramp lagi, terkangkang-kangkang aku berjalan-jalan nih. Nak dijadikan crite, sebab takde kerje sangat, jadi aku pon follow lah tweeter pasal Bersih nih. Aku kagum dengan para2 Bersih Walkers yang update sokmo berkenaan Bersih. aku yang dudok senawang nih dah macam ade kat sane, lagi-lagi bile polis start baling tear gas dan smoke dekat jalan pudu. haa amekkaw bertimbun-timbun tweeter shout polis baling tear gas. Siap kasi gambar tuuuu!haa baru nampak function tweeter XD

dah tuh itu pasal keadaan perarakan Bersih. namun selepas bersih, macam biasalah, mesti ade cemuhan, dan yang paling best adelah media massa. Kalau anda ade mase free dan follow Bersih, komfem anda akan tau mane berita sebenar. Serius tahik takde pon nak baling-baling batu, mahupon merosakkan harta awam. nyata yang menyebabkan provokasi para walkers adalah dari polis sendiri. Yang hairan, Baginda perkenan perhimpunan di Stadium Merdeka, namun kenapa polis tidak membenarkan walkers pergi ke Stadium Merdeka? adekah perintah Yang Di-Pertuan Agong takde function pada polis?yang aku tau dalam sejarah, jika diishtihar darurat barulah kuasa sultan dibawah Jeneral Tentera. tapi mana ade darurat?so macamane?#pikirsndri

Paling syahdu, ade tweeter cakap 90% melayu bodoh, mak bapak g hantar untuk belajar die pergi demonstrasi, wat malu kaum hawe jeh. Ok time tuh aku tak balas tweeter mamat tuh, sebab die nampak ramai melayu, tapi kami nampak 100% malaysian. so sape racist skang? kalau kata ini propaganda, perlu ke kaum cine, india dan melayu bersatu pada perarakan Bersih ini? Najib kata 1Malaysia namun masih ada bangsa Cina terasa, India merana,Melayu terus lupa. tapi pada Bersihlah anda nampak, undian bukan lagi suatu perkara main-main, rakyat bukan lagi ternganga mulot sedia dengan suapan kerajaan dan remaja kini sudah faham nilai politik. Kebanyakan yang aku tengok xsuke bersih nih, sume stock background orang kaya. Bila ditanye kenape tidak suke, jawapannye menyusahkan, negare dah aman pon nak merusuh dan paling best weekend aku xleh g memane sebab Bersih,hampeh!....

ni masalah bile tanye ape yang diorang tau pasal Bersih. tuh yang penting ye. Kenape buat Bersih? untuk kepentingan parti haluan kiri?untuk kepentingan peribadi? bangsa?kene paham. Memorendum yang dihantar tidak menyatakan sebarang parti pon, hanya menuntut SPR agar menjalankan tugas dengan adil. ade lagi, siap mintak agar media tidak berat sebelah ketika menyebarkan maklumat. dan lagi, tempoh berkempen hendaklah dianjak selama 21 hari tak silap aku, berbanding pilihanraya lepas selama 10 hari,paling teruk dekat sabah 8 hari. Jadi part mana yang menyebelahi sebelah pihak?kenapa takut dengan bersih kalau yakin dengan kemenangan lepas?atau sudah goyah dengan pilihanraya lepas dan Bersih merupakan ancaman terbesar untuk pilihanraya akan datang?

kalau cakap kenape sekarang baru nak merusuh?wahai rakan-rakan dan pembaca, takkan seminggu sebelum pilihanraya baru nak buat Bersih?pihak yang melaksanakan Bersih nih memang tahu, bende nih takleh tangguh-tangguh, dan bukan sekadar janji manis yang ditabur sebulan sebelum pilihanraya, dan lebih manis hingga berpenyakit pade ketike seminggu sebelum pilihanraya. Bersih hanya mahukan yang adil dan telus, namun kenapa harus takut. Patriot berkata Bersih bawa ancaman, sila nyatakan, apekah yang dikatakan ancaman?ancaman pade peribadi atau ancaman kepada negara?kalau negara,apedia?

paling syahdu, seorang hamba Allah tengah berdoa, dikatakan tengah solat Zohor, dan seorang cina sedang memegang megafon tatkala lelaki muslim tersebut membacakan doa. adakah ini ancaman?rasanya inilah 1Malaysia yang Najib nak sangat. Kalau anda kata yang join bersih bodoh, maka samalah dengan A.Samad Said, malaysian white gandalf. tatkala membaca tweeter beliau, hati aku syahdu mengenang bahwa para cendekiawan sedar akan perkara ini, namun bangsa yang masih tidor,mimpi dan disuap fakta yang auta masih belom celik, dan hanya memikirkan trending Bersih menyemakkan, lebih best xleh shopping pon marahkan bersih. Sape suroh buat roadblock -.-"

namun ada lagi lebih best, ambiga tuh lawyer lina joy,kini pengerusi bersih, sal ko ikot die?ko nak kapir ke?rasenye ambiga yang kapir tuh dah nampak mane rosaknye kedudukan negare kite berbanding kau yang tahu crite melalui TV3. kalau die lawyer lina joy pon, aku bukan sokong die, aku sokong memorandum die. sedangkan bekas banduan boleh jadi perdana menteri, kenapa idea untuk kebaikan takleh diterime? chua soi lek yang boleh main dengan gaids lain diterime balik dlm MCA, knape ambiga ade masalah?ce trang sket kawan ku


lesu sungguh menaip, tapi tu laam nak cakap sedih tak laa jgak, nak kate gembire pon tak, kalau kata imej negara tercalar,maka bawalah imej itu berbanding kemajuan negara. kalau kata bodohlah mahasiswa join bersih, maka sedarlah bahwa itulah yang diajar di sekolah dahulu, menegakkan apa yang benar. jangan sampai suara anda kini tidak didengari dan ketika itu anda menyalak pon, hanyalah salakan pada dinding, membalas kembali salakan kosong.

akhir sekali, nak cerita pasal Nabi Muhammad SAW, yang pada ketika itu diminta untuk memimpin orang Arab, tapi Nabi berkata bahwa beliau akan memimpin UMAT ISLAM ke jalan yang benar, dan bukan UMAT ARAB. dan ape jadi dekat madinah lepas tuh?sedangkan kaum yahudi pon boleh hidop aman damai, hanya kerana Nabi Muhammad SAW memerintah berlandaskan Islam, dan bukannya bangsa. Oleh itu, aku dah nampak dah hala tuju parti pilihan aku, aku bukan memilih parti melayu tetapi aku memilih parti Islam. anda boleh jadi melayu tetapi tidak semestinye anda itu Islam.


sekiang

No comments:

Post a Comment